Demi masa

CINTA ALLAH

Sabtu, 30 Jun 2012

ISTIKHARAH SANG PERINDU

 Ya Allah,Ilmu-Mu amat luas,Engkaulah Ya Allah yang Maha Mengetahui,sekiranya sesuatu perkara itu baik untukku,semasa hidupku,semasa matiku dan sesudah matiku,Kau permudahkanlah padaku.Ya Allah,sekiranya sesuatu perkara itu tidak baik untukku,semasa hidupku,semasa matiku dan sesudah matiku,maka Kau jauhkanlah dariku.Ya Allah,berikanlah kebaikan di mana saja aku berada.Ya Allah,sesungguhnya aku tidak mampu buat kepeutusan dan pilihan yang baik untuk diriku sendiri,hanya Engkaulah Ya Allah yang membuat pilihan dan keputusan yang terbaik untuk diriku...

 Janganlah Engkau kembalikan diriku kepada diriku sendiri Ya Allah walaupun hanya sesaat atau lebih cepat dari itu..Bekalkan aku dengan tabah,dengan syukur,dan dengan reda sepanjang jalani hidup di muka bumi-Mu ini,sebelum aku dipanggil untuk menemui-Mu dan hidup di alam barzakh.Ya Allah,berikan aku ikhlas dan istiqamah.Berikanlah aku ikhlas dan istiqamah Ya Allah.Berikanlah aku ikhlas dan istiqamah.Amiin.Amiin.Ya Rabbal Alamiin.


~syuhada~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan